RSS

cara membuat sizzling yee mee

12 Sep

Sizzling Chicken Mushroom Yee Mee merupakan antara menu masakan panas yang popular di restoran. Masakan ini memang enak dimakan ketika panas. Untuk menambahkan lagi keenakannya, ada yang suka makan bersama cili padi yang dipotong kecil dan direndam bersama kicap cair.


Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat Sizzling Chicken Mushroom Yee Mee:-
Bahan-bahan:

2-3 sanggul / gulung (yee mee) – dicelur.
5 ulas bawang putih (di ketuk)
5 biji cendawan shitake (cendawan kering) – rendam hingga agak lembut, kemudian potong 4
Daging ayam – potong kecil-kecil
3 biji cili kering – potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 inci halia (diketuk)
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukup rasa
2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit minyak masak (utk menumis)
Sayur sawi dipotong panjang-panjang dan dicelur.
Telur ayam.

Cara membuatnya:

Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah dipotong. Kacau sehingga masak. Masukkan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair.
Tambahkan 2 cawan air.
Masukkan cendawan yang telah dipotong.
Masukkan campuran tepung jagung dan garam secukup rasa. Kacau sebati. Biarkan mendidih.
Kemudian siramkan kuah ini ke atas yee mee dan sawi yang telah dicelur.
Pecahkan telur atas hidangan yang masih panas.
Sedia untuk dihidangkan

 
Leave a comment

Posted by on September 12, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: